Awan

Advertisements

As Salam

Assalamualaikum semoga Allah merahmati dan meredhai semua.diampunkan Allah segala dosa diberi kebahagiaan dunia akhirat dijauhkan dari azab neraka Nya

_Muhasabah Diri_

“Lidahmu jangan engkau biarkan menyebut tentang kekurangan orang lain. Kerana engkau juga mempunyai kekurangan, dan orang lain juga mempunyai lidah”

Al-Imam Asy-Syafie Rahimahullah

 

*JENIS LIDAH*

❀️1. Lidah hikmah – Lidah yang ucapannya sentiasa menyampaikan kebaikan dan perkataannya akan menyentuh hati orang lain.

πŸ’œ2. Lidah rahmah – Lidah yang ucapannya sentiasa menjaga hati orang lain, terutama pasangan dan ibu bapa. Dengan ibu bapa, ucapkanlah kata-kata yang menunjukkan orang tua kita dimuliakan (qaulan karima).
Dengan orang lain, ucapan kita kategori qaulan layyinan, iaitu kata-kata yang lembut.

πŸ’™Tiada istilah mulut jahat, hati baik. Perah limau, tidak akan mengeluarkan air epal. Apa yang terbit di mulut, pastilah ia berasal daripada hati yang baik.

🧑Sabda Rasulullah s.a.w.
“Tidak akan lurus iman seseorang, sehingga lurus hatinya. Tidak akan lurus hatinya sehingga lurus lidahnya.” – Riwayat Ahmad

Jaga lisan kerana setiap kata kata akan dipersoal kan diakhirat kelak.wallahuallamπŸ’š

Kalam

πŸ¦‹β˜˜πŸ¦‹β˜˜β˜˜β˜˜β˜˜β˜˜β˜˜β˜˜β˜˜
πŸ¦‹β˜˜

πŸ¦‹β˜˜ *KALAM ULAMA* β˜˜πŸ¦‹

Imam Al Ghazali dalam Ihya’ Ulumiddin berkata:

*β€œKetahuilah bahawa lidah bahayanya sangat besar*

*, sedikit orang yang selamat darinya, kecuali dengan banyak diam. β€œ*

😷🀐

πŸ¦‹β˜˜
πŸ¦‹β˜˜πŸ¦‹β˜˜β˜˜β˜˜β˜˜β˜˜β˜˜β˜˜β˜˜